// WHAT'S NEW ?!

Monday, November 8, 2010
11pm


IMPORTANT ANNOUNCEMENT

Dear All

It is with regret to announce that Sang Singa Purba Performing Arts has been closed permanently with effect from, Monday, 8th November 2010.

Sang Singa Purba Performing Arts has had the honour of actively showcasing many young talents on stage in school as well as externally and is still very proud to be a contributor to various activities in the Arts scene. Unfortunately, due to certain circumstances, we have to seize our operations from 8th November 2010.

A written Terms & Conditions has been produced in order to facilitate Singapore Polytechnic Malay Language Society (SPMLS) as well as the existing members in school to avoid any discrepancies in the future with the Institution and the Society mentioned.

Hence, please do not hesitate to drop us an email at sangsingapurba@gmail.com if there are any queries. Do note that the mentioned email address will defunct as well, within ONE MONTH from the date we stop our operations; i.e. 8th December 2010.

We thank you for your contributions in any way and are very pleased and honoured to have been able to work with you, in one way or another.

Best Regards

6th Committee

Sang Singa Purba

{performing arts}

___________________________________________________________________________
Tuesday, June 15, 2010
SANG SINGA PURBA CAMP 2010 - KEM KELABS MALAM




KEM SSP 10/11 SUDAH PUN TAMAT! TERIMA KASIH KEPADA SIAPA YANG MENGHADIRI KEM TERSEBUT!

:)

___________________________________________________________________________

ULASAN SINOPSIS MUSIM II - WARNA


Jika tahun lalu, Sinopsis telah bertemakan “STOP”, tahun ini anak-anak Singa telah mementaskan sebuah persembahan yang bertemakan “WARNA” pula. Hanya ada Tiga kumpulan untuk menghasilkan Tiga buah cerita yang mengandungi Tiga genre yang berlainan.

Seperti tahun lalu, Sinopsis adalah satu wadah bagi anak-anak Singa untuk menonjolkan bakat-bakat mereka dari segi menghasilkan sesebuah pementasan, baik di belakang atau di depan tabir. Dengan itu, ahli-ahli Sang Singa Purba Performing Arts yang berpangkat ‘anak-anak Singa’ juga telah pun dinaikkan pangkat ke ‘Singa muda’.

Tiga kumpulan tersebut di ketuai oleh Muhammad Syariffudin Bin Daud, Syafiqah Huda Binte Mohd Rosli dan Nur Isyana Isaman.

Ketua kumpulan tradisional selaku penulis skrip, Syariffudin, telah mempersembahkan sebuah pementasan yang dipengaruhi cerita Hang Tuah. Pementasan yang berjudul WARNA HATI menceritakan tentang empat watak berlainan hati yang di rumitkan dalam sebuah situasi lalu mencungkilkan pelbagai konflik. Warna Hati menarik perhatian penonton dengan persembahan silat dan busana mereka yang seakan-akan dengan zaman Purba.

Oleh itu, kumpulan yang di anggotai oleh Ili Athirah, Sazali Ali dan Fatin Syahirah telah dianguerahkan dengan sijil - Estetik Terbaik - (THE BEST AESTHETIC).


Kumpulan muzikal pula mendapat ilham daripada isu-isu harian yang dipaparkan di dalam surat khabar tentang masyarakat Melayu lalu memutuskan untuk mengatasi masalah-masalah itu dengan membuat pementasan yang diberi judul BUTA.

Kumpulan yang diketuai oleh Syafiqah Huda dan dianggotai oleh Shahidah Ighbal, Syahidah Rosli, Iskandar Hakim dan Muhammad Rusydi menyedarkan para penonton tentang isu-isu masyarakat Melayu dengan pelbagai lagu dan gelagat mereka yang melucukan. Para penonton sangat terhibur dengan pementasan mereka namun ia tidak menghairankan jika kumpulan ini memenangi

Persembahan Paling Terbaik – (THE BEST PLAY)



Pementasan kontemporari yang diberi judul Wan Remy Nur Arshad mengisahkan tentang seorang banduan yang dihantui oleh emosi-emosinya. Wan yang sebelumnya terkenal sebagai seorang pemuzik hanyut disebabkan penyalah gunaan dadah. Kumpulan yang dianggotai oleh Azizul Hakim, Zulhilmi, Dzulaiha dan diketuai oleh Nur Isyana ingin menyampaikan sebuah mesej bahawa kehidupan ini tidak semestinya penuh denga Warna. Ada sesetengah manusia terpaksa mengharungi kehidupan ini yang penuh dengan kegelapan tanpa sedikit sinar harapan.

Kumpulan yang telah menyayat hati para penonton ini telah dinobatkan dengan sijil Skrip Paling Terbaik – (THE BEST SKRIP).


Bukan itu sahaja tetapi Iskandar Hakim daripada kumpulan Muzikal telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik – (THE BEST ACTOR) kerana lakonannya sebagai seorang mat ganja amat memeransangkan. Pelakon Wanita Terbaik – (THE BEST FEMALE ACTOR) pula dianugerahkan kepada Dzulaiha Jumadi daripada kumpulan Kontemporari. Lakonannya sebagai emosi Aduh dalam pementasannya amat menakutkan penonton-penonton.

Tahniah kepada anak-anak Singa kami yang telah menjayakan SINOPSIS MUSIM II!

___________________________________________________________________________
Sunday, March 28, 2010
// SINOPSIS MUSIM II - Warna



Photobucket

Photobucket





{PEMENTASAN YANG DISEBUTKAN SUDAH MENUTUP TIRAINYA.}
TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG TELAH HADIR.


Sesiapa yang tidak dapat hadir, nanti kan ulasan SINOPSIS musim II - Warna, tidak lama lagi.



Photobucket

___________________________________________________________________________
Sunday, March 21, 2010
// CEPAT! CEPAT!


HELLO-HELLO SEMUA!

Sang singa purba ingin memohon maaf kerana telah menyepikan diri selama beberapa bulan. Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat selalu.

Photobucket

Walaupun kami menyepi tetapi kesepian kami membawa berita gembira untuk anda semua, kerana kami akan mengadakan sebuah lagi pementasan pada bulan Mei ini! Reservasi tiket hanya akan dibuka pada 12 April hingga 23 April.

Tempat duduk sangat terhad.

Jadi, nantikan informasi & keterangan lanjut dari kami!

(:

___________________________________________________________________________
Wednesday, December 16, 2009
// SSP BERDERMA!


Pada 4 Disember 2009 yang lalu, Sang Singa Purba telah mengunjungi Pejabat Mercy Relief untuk menemui Encik Andrew, Pengurus Kanan, Korporat & Sumber Sumber.


Tujuan kami ke sana adalah untuk menyampaikan derma yang telah dikumpul daripada jualan tiket-tiket Muzikaraya '09 - Jom Balik Kampung! Allhamdulilah, dengan sokongan yang kami terima daripada Muzikaraya '09, kami telah berderma sebanyak $1000, iaitu 20% dari jualan tiket-tiket.

Wang derma yang kami salurkan akan dibahagikan kepada 5 kategori; *Perlindungan, Sanitasi Air, Jagaan Kesihatan, Pendidikan & Rezeki untuk negara-negara yang telah dilanda bencana alam. Dari itu, derma yang disalurkan tidak akan disia-siakan.



Pertukaran cek berlaku di antara Ketua Komittee Sang Singa Purba yang ke-enam, Wan Wahida dan Encik Andrew. Bagi pihak Mercy Relief, Encik Andrew amat berbesar hati untuk menerima sumbangan pada hari itu. Encik Jaffar, Kepala Program Antarabangsa di Mercy Relief telah menjadi saksi bagi pertukaran cek dan penerimaan poster Muzikaraya '09 - Jom Balik Kampung!

Sang Singa Purba amat berbangga kerana dapat menyumbangkan wang derma ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong Muzikaraya '09 kerana tanpa sokongan anda, Muzikaraya '09 - Jom balik Kampung! tidak akan berjaya.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG TELAH DIBERIKAN, NANTIKAN PERKEMBANGAN KAMI YANG SELANJUTNYA.

*untuk penerangan yang lebih lanjut, sila lungsuri Laman web Mercy Relief.


___________________________________________________________________________
Saturday, November 14, 2009
// ULASAN MUZIKARAYA'09 : JOM BALIK KAMPUNG!




"MUZIKARAYA'09 : Jom Balik Kampung!"
yang telah dipentaskan di Auditorium Politeknik Singapura pada tanggal 23 Oktober 2009, merupakan sebuah acara untuk mengetengahkan bakat-bakat baru Sang Singa Purba dalam segi pementasan dan di belakang tabir.



Para penonton telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan dari para pelakon, penari dan juga dikir barat yang sungguh gah dan meriah. Tidak lupa juga kepada ahli - ahli muzik yang mengiringi pementasan dengan muzik yang dimainkan secara langsung. Pementasan yang telah diarah oleh ketua Sang Singa Purba, Wan Wahida.....{read more}


THANK YOU TO ALL WHO HAD ATTENDED
"MUZIKARAYA'09: JOM BALIK KAMPUNG!"!


TAKE PART IN OUR ONLINE POLL NOW!
{THE POLL, LOCATED ON THE RIGHT MENU BAR, COMES WITH INSTANT RESULTS!}




PHOTO CREDITS TO:
rcktmnzero

*comments were collated through our survey forms after the show, unless duly mentioned.



___________________________________________________________________________

Singa Snaps!

13 - 16.05.09
SiNOPSiS Season 1 - STOP!

05.08.09
National Day - SP NDOC

25.07.09
Clap! @ Khatib

23.10.09
MUZIKARAYA'09: Jom Balik Kampung!

08/11/09
SSP turns 6!

AKAN DATANG
SINOPSIS II

More

 
Contact Us


sangsingapurba@gmail.com



Feedback to Us!
How do find our new website?
It's Refreshing & Informative!
Good Job, it's better than the previous website!
It could have been better.
Hmm... it's okaaaylaah.

© Sang Singa Purba Performing Arts
Singapore Polytechnic
All Rights Reserved 2009

eXTReMe Tracker