Pada 4 Disember 2009 yang lalu, Sang Singa Purba telah mengunjungi Pejabat Mercy Relief untuk menemui Encik Andrew, Pengurus Kanan, Korporat & Sumber Sumber.
Tujuan kami ke sana adalah untuk menyampaikan derma yang telah dikumpul daripada jualan tiket-tiket Muzikaraya '09 - Jom Balik Kampung! Allhamdulilah, dengan sokongan yang kami terima daripada Muzikaraya '09, kami telah berderma sebanyak$1000,iaitu 20% dari jualan tiket-tiket.
Wang derma yang kami salurkan akan dibahagikan kepada 5 kategori; *Perlindungan, Sanitasi Air, Jagaan Kesihatan, Pendidikan & Rezeki untuk negara-negara yang telah dilanda bencana alam. Dari itu, derma yang disalurkan tidak akan disia-siakan.
Pertukaran cek berlaku di antara Ketua Komittee Sang Singa Purba yang ke-enam, Wan Wahida dan Encik Andrew.Bagi pihak Mercy Relief,Encik Andrew amat berbesar hati untuk menerima sumbangan pada hari itu. Encik Jaffar, Kepala Program Antarabangsa di Mercy Relief telah menjadi saksi bagi pertukaran cek dan penerimaan poster Muzikaraya '09 - Jom Balik Kampung!
Sang Singa Purba amat berbangga kerana dapat menyumbangkan wang derma ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong Muzikaraya '09 kerana tanpa sokongan anda, Muzikaraya '09 - Jom balik Kampung! tidak akan berjaya.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG TELAH DIBERIKAN, NANTIKAN PERKEMBANGAN KAMI YANG SELANJUTNYA.