Tuesday, June 15, 2010
ULASAN SINOPSIS MUSIM II - WARNA

Jika tahun lalu, Sinopsis telah bertemakan “STOP”, tahun ini anak-anak Singa telah mementaskan sebuah persembahan yang bertemakan “WARNA” pula. Hanya ada Tiga kumpulan untuk menghasilkan Tiga buah cerita yang mengandungi Tiga genre yang berlainan.
Seperti tahun lalu, Sinopsis adalah satu wadah bagi anak-anak Singa untuk menonjolkan bakat-bakat mereka dari segi menghasilkan sesebuah pementasan, baik di belakang atau di depan tabir. Dengan itu, ahli-ahli Sang Singa Purba Performing Arts yang berpangkat ‘anak-anak Singa’ juga telah pun dinaikkan pangkat ke ‘Singa muda’.
Tiga kumpulan tersebut di ketuai oleh Muhammad Syariffudin Bin Daud, Syafiqah Huda Binte Mohd Rosli dan Nur Isyana Isaman.
Ketua kumpulan tradisional selaku penulis skrip, Syariffudin, telah mempersembahkan sebuah pementasan yang dipengaruhi cerita Hang Tuah. Pementasan yang berjudul WARNA HATI menceritakan tentang empat watak berlainan hati yang di rumitkan dalam sebuah situasi lalu mencungkilkan pelbagai konflik. Warna Hati menarik perhatian penonton dengan persembahan silat dan busana mereka yang seakan-akan dengan zaman Purba.
Oleh itu, kumpulan yang di anggotai oleh Ili Athirah, Sazali Ali dan Fatin Syahirah telah dianguerahkan dengan sijil - Estetik Terbaik - (THE BEST AESTHETIC).
Kumpulan muzikal pula mendapat ilham daripada isu-isu harian yang dipaparkan di dalam surat khabar tentang masyarakat Melayu lalu memutuskan untuk mengatasi masalah-masalah itu dengan membuat pementasan yang diberi judul BUTA.
Kumpulan yang diketuai oleh Syafiqah Huda dan dianggotai oleh Shahidah Ighbal, Syahidah Rosli, Iskandar Hakim dan Muhammad Rusydi menyedarkan para penonton tentang isu-isu masyarakat Melayu dengan pelbagai lagu dan gelagat mereka yang melucukan. Para penonton sangat terhibur dengan pementasan mereka namun ia tidak menghairankan jika kumpulan ini memenangi
Persembahan Paling Terbaik – (THE BEST PLAY)
Pementasan kontemporari yang diberi judul Wan Remy Nur Arshad mengisahkan tentang seorang banduan yang dihantui oleh emosi-emosinya. Wan yang sebelumnya terkenal sebagai seorang pemuzik hanyut disebabkan penyalah gunaan dadah. Kumpulan yang dianggotai oleh Azizul Hakim, Zulhilmi, Dzulaiha dan diketuai oleh Nur Isyana ingin menyampaikan sebuah mesej bahawa kehidupan ini tidak semestinya penuh denga Warna. Ada sesetengah manusia terpaksa mengharungi kehidupan ini yang penuh dengan kegelapan tanpa sedikit sinar harapan.
Kumpulan yang telah menyayat hati para penonton ini telah dinobatkan dengan sijil Skrip Paling Terbaik – (THE BEST SKRIP).
Bukan itu sahaja tetapi Iskandar Hakim daripada kumpulan Muzikal telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik – (THE BEST ACTOR) kerana lakonannya sebagai seorang mat ganja amat memeransangkan. Pelakon Wanita Terbaik – (THE BEST FEMALE ACTOR) pula dianugerahkan kepada Dzulaiha Jumadi daripada kumpulan Kontemporari. Lakonannya sebagai emosi Aduh dalam pementasannya amat menakutkan penonton-penonton.
Tahniah kepada anak-anak Singa kami yang telah menjayakan SINOPSIS MUSIM II!
___________________________________________________________________________